Friday, October 2, 2009

Rutin Hari Jumaat

Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan Allah s.w.t. Dapat lagi hirup dingin udara pagi. Usai solat Subuh, Kak Maria sediakan sarapan. Cuma roti buku dgn sup cendawan peket. He... he... menu segera! Selesai sarapan, turun bersih laman rumah. Sekitar rumah di penuhi pokok, ala-ala rumah dlm taman gitu. Jika seminggu dibiarkan, waduh... sampahnya bisa tenggelamkan buku lali!
9:00 pagi udah di sekolah. Xtra class Jumaat, rutin harian sejak bertahun lalu (kecuali cuti panjang akhir tahun) Kehadiran pelajar plak mengecewakan. Cuma 35/50. Gimana nak naikkan peratus kelulusan Mat+ drp 35% (keputusan percubaan SPM baru lalu) kpd 88% (target SPM 2009)? Hisy... pening kepala! Tapi takpa. Sabar ajelah wahai hati... Mudah-mudahan Allah beri hidayah kpd anak2 muridku yg bakal menduduki SPM pd 18 Okt nanti. Biar mrk rajin dtg ke kelas hingga ke saat akhir. Amin...
Selesai kelas pada 12:00 tgh, melencong ke Wakaf Bharu, beli lauk segera utk lunch. Taklah berpeluh pelau nak masak. Lagipun, itu kedai adik ipar. Harga boleh runding. Ada diskaun lagi, alahai... Lepas tu terus balik sediakan hidangan tghari utk sekeluarga. Bukan ramai manapun... cuma suami, ibu dan anak bongsu. Alhamdulillah... rezeki Tuhan sentiasa ada. Lepas solat Zohor barulah mengadap komputer, taip manuskrip. Cume hari minggu aje boleh mengadap benda tu.
Belah petangnya, bersih laman lagi. Buang dedaun kering sampai 8 kereta sorong tp tak habis-habis juga. Nampaknya awal pg esk kna sambung lagi. Hai... kalaulah dedaun tu tetiba bertukar jadi wang ringgit, alangkah bertuahnya, ye? (Impian yg pasti terkulai layu)

No comments:

Post a Comment