Thursday, October 1, 2009

Update Blog

Alahai... dah lama tak update blog. Kenapa, ye? Nak dikatakan sibuk, org lain lagi sibuk. Nak dikatakan byk kerja, orang lain pun kerja cam kita juge. Nak dikatakan malas...? Umm... yelah tu, kut? Bila dpt email drp Molee tadi, baru terbuka hati nak buka blog yg udah lama tak dijenguk. Dahsyat, kan? Thanks Molee sbb kejutkan akak! Salam Aidilfitri utk awak n semua kakitangan Alaf 21. Tak lupa juga kpd semua peminat novel alaf.
Ha... ni nak citer sikit pasal perkembangan terbaru. Novel ke-2 Kak Maria dahpun di pasaran Ogos lalu. Judulnya 'Makna Cinta', juga terbitan alaf. Terima kasihlah kpd kakitgn alaf yg terlibat secara langsung atau tidak dgn penerbitan novel tu. Terima kasih juga kpd para pembaca yg beri sokongan. Harapan Kak Maria agar 'Makna Cinta' dapat hiburkan hati anda semua. Sekarang, akak dah mula garap yg ke-3, tau? Judulnya? Alaa... belum ada judul! Insya-Allah, dah siap nanti baru tahu tajuk apa. Doa-doalah, yek?

No comments:

Post a Comment