Monday, May 25, 2009

Luahan Hati

Hari ini di sekolah, kalut mencari guru perempuan bagi menyertai program lawatan pelajar asrama ke KL selama 2 hari 3 mlm semasa cuti penggal 1 nanti. Bertanya seorg demi seorg guru, namun masing2 menolak dgn pelbagai alasan. Akhirnya diri sendiri terpaksa berkorban bersama 3 guru lain yg senasib.

Itu senario biasa di sekolah. Tiap kali perlukan khidmat guru utk lawatan pelajar asrama ke luar negeri, masing2 tak nak ikut. Maklumlah cuti sekolah... semua org ada program keluarga. Akhirnya guru yg tak reti mengelak itulah yg terkena. Tapi tak apalah. Anggap aje ia amanah yg patut dilaksanakan sbg penjawat awam yg mendpt gaji bulanan. Lagipun kalau semua org tak nak, maka siapa yg nak, kan?

Nampaknya cuti kali ni terpaksa turun KL sebyk 2 kali. Minggu 1 program lawatan pelajar asrama dan hujung minggu ke-2 pula program perjumpaan penulis Alaf di Hotel Palma. Hai... apa nak buat, kan? Dah jadi guru tu, kenalah kerja. Barulah gaji kita tu berkat. Betul tak? Betullll...

Sunday, May 24, 2009

Rahsia Hatiku

'Rahsia Hatiku' merupakan novel pertama Kak Maria, keluaran Alaf 21. Kini sudah cetakan ke tiga di pasaran. Mengisahkan tentang perjuangan hidup suka duka seorang gadis dalam menyatukan keluarganya yang berantakan. Mampukah Iman Najwa mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam 'Rahsia Hatiku'.


Friday, May 22, 2009

Bilakah?

Bangun awal pagi ini, terasa lain macam. Leher, telinga dan pipi sebelah kiri terasa tidak selesa. Ia melarat ke sebelah kanan sampai ke lidah. Nak dikatakan sakit, tidak terlalu sakit. Semacam kebas dan sesekali berdenyut. Fikiran terarah pada yang bukan-bukan. Bimbang akan penyakit. Terlalu memikirkan itu sampai kelas tambahan terpaksa dibatalkan. Terus ke klinik pada jam 10 pagi. Setelah diperiksa doktor, katanya bukan suatu yang serius. Mungkin ia disebabkan resedung, barulah hati mula tenang. Syukur, Alhamdulillah.
Memikirkan semua itu, terasa betapa manusia kebanyakannya hidup dalam kebimbangan. Bimbang akan penyakit dan takut akan mati. Tetapi sejauh manakah kita bersedia? Itulah persoalannya. Setiap kali merasakan diri semakin dekat dengan mati, hati semacam bertekad untuk perbanyakkan amalan. Tetapi apabila masa berlalu, kita kembali leka dengan kesibukan harian. Bilakah kita akan betul-betul bersedia? Itulah persoalannya.