Monday, July 6, 2009

ESQ Leadership Seminar

Petang Khamis (02 July) lalu, Kak Maria bertolak ke KL krn dipanggil berkursus oleh Alaf. Ingat akak, kursus penulisan novel. Tiba di Matrade Convensyen Centre (tempat kursus), barulah akak tahu, sebenarnya ia 'ESQ Leadership Seminar'. Yuran penyertaan RM1380.00, dibayar oleh Karangkraf. Semasa seminar, akak diberitahu, Karangkraf biayai seramai 80 org kakitangan kali ini (telah dan bakal menghantar kesemua staf, seramai lebih kurang 1000 org)
Dalam hati akak rasa kagum. Katakanlah 1000 staf dihantar, maka belanjanya RM1.38 juta. Besarnya ganjaran pahala bagi pemilik syarikat yg sanggup keluarkan wang bagi memberi santapan rohani kpd staf bawahannya. Ribuan terima kasih Kak Maria ucapkan kpd Karangkraf. Semoga mendapat ganjaran pahala yg besar drp Allah s.w.t. Isnya-Allah!
Pada akak, banyak yg diperolehi drp seminar tersebut. Ia menyedarkn akak, betapa selama ini kita sering meletakkan keutamaan di tempat yg salah. Insya-Allah, dgn kesedaran yg bertunas ini, Kak Maria akan cuba perbaiki diri serta dahulukan apa yg sepatutnya diutamakan.
Sesungguhnya, manusia perlu sentiasa diingatkan kerana memang sifat semulajadi mereka itu pelupa. Beruntunglah sesiapa yg saling mengingatkan satu sama lain.