Alhamdulillah, peperiksaan Matematik Tambahan dahpun berlalu dengan aman kelmarin. Barulah Kak Maria lega kerana kebanyakan pelajar dapat menjawab kertas 1 dgn baik walaupun kata mereka, kertas 2 agak susah. Pada malam sebelum peperiksaan, Kak Maria berada bersama pelajar di sekolah dari jam 8:00 hingga 12:00 mlm bagi memberi ruang kpd pelajar bertanya apa yang mereka kurang faham sbg persediaan terakhir. Nampaknya, dah habis babak klimaks utk tahun ini. Alahai... leganya!
Bangun pagi ini terasa banyak benda hendak dibuat. Maklumlah, esok Hari Raya Aidil Adha. Kebetulan pula giliran Kak Maria bertugas di sekolah. Ikutkan prosedur, kena berada di sekolah dr jam 8:00 pagi hingga 4:30 petang bagi menangani apa saja keperluan. Dalam kepala memikirkan macam mana nak membeli lauk pauk untuk keperluan Aidil Adha? Fikir punya fikir, Kak Maria telefon PK HEM. Alhamdulillah, beliau sanggup gantikan Kak Maria. Lagipun, rumahnya dekat dengan sekolah. Terima kasih banyak-banyak. Dapatlah Kak Maria ke pasar. Balik dari pasar terus kerah anak2 lelaki bersihkan laman rumah. Dekat waktu Maghrib baru selesai.
Memang kebiasaan setiap raya, rumah Kak Maria ramai tetamu. Selalu tu kami tuan rumah tak dapat ke mana-mana. Kadang tu, sampai raya ke empat masih ada yg bertandang. Maklumlah, ramai anak murid dan bekas anak murid yang setia ingatkan guru mereka ni. Kalau kebetulan kumpulan mereka bertembung, Kak Maria terpaksa melayan lima enam puluh orang sekali gus. Pernah mereka datang buat alumni masa raya. Siap dengan BBQ semua sekali. Mereka ramai-ramai datang masak. Memang seronok sangat!
Selain anak murid, Kak Maria juga ada ramai adik ipar, biras dan anak saudara. Maklumlah suami ada ramai adik beradik (14 org semuanya) Sanak saudara juga ramai. Rumah kami sering menjadi tempat perjumpaan ahli keluarga. Selalu kami adik-beradik buat 'hari keluarga' pada setiap raya sebab masa tulah semua orang dapat berkumpul. Bermacam acara diadakan dari siang sampai ke malam. Berbagai hadiah dan hamper utk cabutan bertuah disediakan. Kadang tu buat di rumah Kak Maria (homestay belakang). Kadang rumah adik-beradik yg lain. Pernah juga dibuat di Pantai Seri Tujuh.
Pada tahun ini, hari keluarga akan dibuat di Pantai Melawi Bachok pada raya ke dua nanti. Kami adik beradik tumbangkan seekor lembu dan menyewa chalet di Riduan's Chalet. Kami akan bermalam di sana. Sejak ibu mertua Kak Maria meninggal pada 2004, bagi mengelakkan kerenggangan, semua adik beradik suami sepakat menubuhkan persatuan yang diberi nama 'Persatuan Anak-Cucu Tok Imam Mat'. Masing-masing mereka melantik AJK. Yang jadi bendahari, kutip yuran bulanan drp setiap keluarga. Yang jadi setiausaha pula merancang aktiviti yang akan dibuat. Yang menariknya tu, SU yg bekerja di Shah Alam, akan menghantar surat kepada setiap keluarga memberitahu apa saja aktiviti tahunan yg akan dibuat. Dgn cara itulah, 14 keluarga itu bersatu teguh sampai sekarang.
Pada kesempatan ini, Kak Maria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga alaf dan peminat novel yang melayari blog ini.