Thursday, October 22, 2009

Birthday Amy

Tuan rumah (Za, Dae dan 3 anak mereka)
Ini lagi 2 org anak saudara Kak Maria.
Dae, adik ipar Kak Maria sibuk
melayan tetamu2 kecil
Kak Maria awasi Elly yg hari tu ligat macam
gasing. Seronok dia sbb ramai bebudak.
Resipi BBQ ayam special ini ciptaan Chef Benjy,
suami Kak Maria (chef keluarga kami aje!)
Teman2 si Amy ni kelakar betul! Nyanyi
lagu birthday macam kump koir plak.
Amy tiup lilin birthday ke 11. Nik, anak bongsu
Kak Maria (baju merun) tu plak lagak
macam jurugmbr pro aje!
Antara menu yg disediakan tuan rumah
K. Maria bantu goreng french fries n nugget
Bakar BBQ di laman depan rumah Za. Suami
Kak Maria, Benjy(baju merah) chefnya.
Al kisahnya, Bunyamin (teman2 rapat panggil Benjy), suami Kak Maria ni, cukup pandai masak. Betul, tau! Kami pernah buka restoran makanan barat di Seri Serdang pd tahun 1996 dulu. Restoran tu kami namakan D'Tiara Cafe. Masa tu, suami bertugas sebagai pensyarah di Universiti Putera Malaysia. Kebetulan kami upah seorang tukang masa pro. Daripadanyalah Benjy belajar masak. Sesekali apb tukang masak bercuti, Benjy sinsing lengan baju, jadi chef ganti. Tapi itu cerita lamalah, kan? Cerita barunya pulak macam ni.
Pada Hari Sabtu (Deepavali) hari tu, kebetulan hari jadi Amy, anak saudara Kak Maria. Za (adik Kak Maria) dan suaminya, Dae buat majlis hari jadi Amy serentak dgn rumah terbuka (masa raya hari tu depa tak sempat buat) Majlis Amy buat pagi dan rumah terbuka belah petang. Mereka sepakat nak merasa BBQ Benjy.
Awal pagi lagi, Kak Maria sekeluarga dah ke rumah mereka utk bantu apa yg patut. Rencah BBQ dah Benjy siapkan sehari sebelum tu. Kami dan perap ayam, udang dan sosej di rumah. Tinggal utk bakar aje lagi.
Majlis Amy cuma dihadiri kanak2. Pada sebelah tengah harinya, barulah majlis rumah terbuka. Yang dijemput ialah teman2 sepejabat tuan rumah. Sayangnya, dek terlalu sibuk melayan tetamu, si tuan rumah langsung terlupa untuk tangkap gambar. so, cuma majlis hari jadi Amy aje ada kenangan. Majlis rumah terbuka langsung tak ada gambar untuk dikenang.

Monday, October 12, 2009

Laman dan Taman Garden Homestay



















































Ini adalah sebahagian daripada laman dan taman2 Garden Homestay yang Kak Maria paparkan untuk dikongsi seadanya. Sesiapa yang berkunjung ke Kelantan, khususnya ke daerah Tumpat atau Pasir Mas dan berminat menginap ala desa, bolehlah berkunjung ke Garden Homestay. Anda boleh menikmati kehidupan desa yang nyaman serta damai.

Saturday, October 10, 2009

Garden Homestay

Laluan masuk ke GH melalui lorong di bawah dewan











Kelihatan beranda bilik2
penginapan di aras atas

Tangga utk ke aras atas GH
dipayungi pepohon bambu.














Ruang legar GH di aras atas
Garden Homestay terletak kira-kira 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, 6 km dari kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur dan 4 km dari Pantai peranginan Sri Tujuh. Lokasinya juga tak jauh dari Rantau Panjang, syurga membeli-belah bagi sesiapa yang berkunjung ke Kelantan. Dengan kadar sewa yang sangat berpatutan, ia boleh memuatkan seramai 50 0rang pengunjung. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 09-7255819.

Friday, October 9, 2009

Garden Homestay


Laluan masuk ke Garden Homestay dari jalan besar
Bumbung Garden Homestay
kelihatan tajam dr celahan dua bangunan


Pandangan depan Garden Homestay di waktu lewat senja

Thursday, October 8, 2009

Garden Homestay

Aras atas adalah ruang pejabat.
Aras tgh berupa dewan mini muat 70 0rg.

Aras bwh adalah tempat parking kereta yg laluan kanannya
berlorong ke ruang belakang menuju ke bangunan Garden Homestay.
Hari ini, rasa berminat nak ambil gambar guest house yg Kak Maria namakan Garden Homestay, utk diiklankan. Bangunan Garden Homestay terlindung di belakang dewan ini. Nanti Kak Maria tangkap gambar lagi, okey?


Tuesday, October 6, 2009

Family Photo


Bersama suami dan anak-anak (kak long dan nik).

Kak Long dan teman2

Doa buat anak2

Hari ini bangun seawal jam 2:30pg, buat sembahyang hajat sbb anak saudara (Kimi) nak PMR. Doakan juga utk Naqi (yg baru lepas oral n bakal duduki english test) Juga utk si bongsu, Nik yg sdg tunggu keputusan UPSR. Semoga anak2 mencapai kejayaan dan kehidupan kami sekeluarga sentiasa dlm limpahan rahmatNya. Amin...
Lepas solat hajat, mengadap komputer, kemaskini rangka Program Intensif Menjelang SPM 2009 yg akan diedarkan kpd guru2 dan pelajar ting 5 selewat-lewatnya Khamis ni. Payah jg nak rancang program yg benar2 berksn. Sudah beberapa tahun, Kak Maria diberi tugas sbg penyelaras program SPM.

Sunday, October 4, 2009

Elly dan Homestay

Ini Elly, anak saudara Kak Maria (adik bongsu Amy)
Elly gemar posing depan kamera
Gayanya kekadang lucu bila nak diambil gambar
Amboi, ketawa si Elly ni bukan main lagi!
Elly ni umur dia setahun setengah. Cakap dgn dia cukup seronok. Suatu hari, dialog Kak Maria dgnnya.
Kak Maria: Elly, cuba panggil mak long (Kak Maria)
Elly : Ayong.
Kak Maria: Elly, panggil abah long (suami Kak Maria) pulak.
Elly : Ayong.
Kak Maria: Sekarang, Elly panggil kak long (anak sulung Kak Maria)
Elly : Ayong.
Kak Maria: Wah, Elly ni pandai betul!
Elly tergelak-gelak, puas bila dipuji.
Okeylah, cukup dulu pasal Elly. Sekarang Kak Maria nak cerita pulak pasal homestay yang Kak Maria usahakan secara sampingan. Bukan bisnes besar, cuma kecil-kecilan aje. Kata org, cukup buat bayar bil letrik, air dan telefon. Kami ada sediakan 6 bilik (2 katil), 1 bilik (3 katil), dua dorm (6 katil dan 11 katil) , musala dan dewan mini (utk 70 org). So, kalau ada yang dtg ke kelantan dan berminat menginap ala desa, bolehlah hubungi Kak Maria di talian 09-7255819 utk buat tempahan.
Tempat Kak Maria ni dekat dgn kilang batik, keropok, dodol dan pelbagai jenis sambal. 6 km dr pusat beli-belah bebas cukai, Pengkalan Kubur. Juga tak jauh dr Rantau Panjang. Cuma 7 atau 8 km aje dr Kota Bharu. Kpd yg minat memancing juga boleh ikuti trip memancing dgn menaiki bot.
Ini aje le iklan hari ini. He...he...

E-mail

Hari ini tak tahu nak tulis apa. So, Kak Maria copy aje email yang baru diterima drp shahirah, seorg peminat novel alaf.

On Sun, 10/4/09, Goseksuki Miyoko wrote:

Pertama sekali saya igin mengucapkan tahniah kepada akak kerana telah membuatkn saya menangis sepanjang membaca novel akak yg bertajuk
'Makna Cinta". Jalan ceritanya sungguh menarik dr mula sampai akhir. Saya cuma mengambil masa 2 jam utk menghabiskan novel akak. Moga akak akan terus sukses dan sentiasa mengeluarkan novel2 terbaru. Hope akak dpt update dr semasa ke semasa kepada saya ttg novel terbaru akak. Moga nama akak akan sebaris dengan Sharifah Abu Salem. Salam dari saya Syahirah.


Terima kasih Sha, di atas sokongan yg diberikan. Bukan mudah utk menempatkan nama sebaris dgn Sharifah Abu Salem, tetapi tak salah jika kita memasang angan, kan? So, Kak Maria pasang angan ajelah!

Friday, October 2, 2009

Rutin Hari Jumaat

Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan Allah s.w.t. Dapat lagi hirup dingin udara pagi. Usai solat Subuh, Kak Maria sediakan sarapan. Cuma roti buku dgn sup cendawan peket. He... he... menu segera! Selesai sarapan, turun bersih laman rumah. Sekitar rumah di penuhi pokok, ala-ala rumah dlm taman gitu. Jika seminggu dibiarkan, waduh... sampahnya bisa tenggelamkan buku lali!
9:00 pagi udah di sekolah. Xtra class Jumaat, rutin harian sejak bertahun lalu (kecuali cuti panjang akhir tahun) Kehadiran pelajar plak mengecewakan. Cuma 35/50. Gimana nak naikkan peratus kelulusan Mat+ drp 35% (keputusan percubaan SPM baru lalu) kpd 88% (target SPM 2009)? Hisy... pening kepala! Tapi takpa. Sabar ajelah wahai hati... Mudah-mudahan Allah beri hidayah kpd anak2 muridku yg bakal menduduki SPM pd 18 Okt nanti. Biar mrk rajin dtg ke kelas hingga ke saat akhir. Amin...
Selesai kelas pada 12:00 tgh, melencong ke Wakaf Bharu, beli lauk segera utk lunch. Taklah berpeluh pelau nak masak. Lagipun, itu kedai adik ipar. Harga boleh runding. Ada diskaun lagi, alahai... Lepas tu terus balik sediakan hidangan tghari utk sekeluarga. Bukan ramai manapun... cuma suami, ibu dan anak bongsu. Alhamdulillah... rezeki Tuhan sentiasa ada. Lepas solat Zohor barulah mengadap komputer, taip manuskrip. Cume hari minggu aje boleh mengadap benda tu.
Belah petangnya, bersih laman lagi. Buang dedaun kering sampai 8 kereta sorong tp tak habis-habis juga. Nampaknya awal pg esk kna sambung lagi. Hai... kalaulah dedaun tu tetiba bertukar jadi wang ringgit, alangkah bertuahnya, ye? (Impian yg pasti terkulai layu)

Thursday, October 1, 2009

Update Blog

Alahai... dah lama tak update blog. Kenapa, ye? Nak dikatakan sibuk, org lain lagi sibuk. Nak dikatakan byk kerja, orang lain pun kerja cam kita juge. Nak dikatakan malas...? Umm... yelah tu, kut? Bila dpt email drp Molee tadi, baru terbuka hati nak buka blog yg udah lama tak dijenguk. Dahsyat, kan? Thanks Molee sbb kejutkan akak! Salam Aidilfitri utk awak n semua kakitangan Alaf 21. Tak lupa juga kpd semua peminat novel alaf.
Ha... ni nak citer sikit pasal perkembangan terbaru. Novel ke-2 Kak Maria dahpun di pasaran Ogos lalu. Judulnya 'Makna Cinta', juga terbitan alaf. Terima kasihlah kpd kakitgn alaf yg terlibat secara langsung atau tidak dgn penerbitan novel tu. Terima kasih juga kpd para pembaca yg beri sokongan. Harapan Kak Maria agar 'Makna Cinta' dapat hiburkan hati anda semua. Sekarang, akak dah mula garap yg ke-3, tau? Judulnya? Alaa... belum ada judul! Insya-Allah, dah siap nanti baru tahu tajuk apa. Doa-doalah, yek?

Makna Cinta

Pada Yusuf, Zulaikha umpama kembang murahan di tanah berlumpur. Kebenciannya terhadap gadis itu berputik sejak usia mereka masíh hingusan. Namun, silapkah percaturan Yusuf apabila bara kebencian yang dinyalakan sejak dulu, tiba-tiba menyejuk menjadi debu cinta? Sumpahan Zulaikha kah yang kini memamah ketenangannya sehinggakan dia hilang pertimbangan? Ternyata cinta itu ribut yang tiba-tiba menerbangkan seluruh kedamaian dan harga dirinya.

Pada Zulaikha, Azril ibarat sebutir bintang yang menyinarinya sejak dulu. Lelaki itu disandarkan harapan untuk membersihkan maruah keluarga mereka yang sekian lama tercalar. Sangkanya, mengahwini Azril bakal menjernihkan semua kekeruhan. Namun di manakah silapnya, apabila dia dibiarkan menangis di kaki pelamin?

Sesungguhnya kehidupan ibarat putaran roda. Ada kalanya kita membenci, ada ketikanya kita menyintai. Dalam menebus kesilapan diri, mampukan Yusuf mendekati Zulaikha, gadis idamannya? Sesungguhnya cinta itu kejam. Hanya yang tabah dan bernasib baik saja mampu meredah onak dan duri bagi menggapai cinta sejati.